Graduan Pusat Dakwah Serantau Bakal Jalani Latihan Praktikal Daie

Setelah berhempas pulas menuntut ilmu di Pusat Dakwah Serantau, Sungai Merab, Kajang, Selangor selama 3 tahun, para daie dari negeri Sabah Di Bawah Bayu telah selesai menjalani Program Suai Kenal dan Taklimat Latihan Praktikal Daie.

Program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah itu berlangsung bagi mengenali lebih rapat para daie itu. Mereka yang baru sahaja tamat pengajian di PDS bakal menjalani latihan praktikal selama 3 bulan dibawah bimbingan senior masing-masing.

Latihan ini bagi menyantuni masyarakat dipenempatan yang telah ditetapkan oleh pihak mereka. Tujuan mereka adalah bagi menurunkan ilmu yang dipelajari buat penduduk disana yang masih kekurangan ilmu terutamanya berkaitan agama.

Bagi mereka yang berminat ingin turut serta menyumbang didalam program-program Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah boleh terus menyumbang ke akaun Maybank Islamic : 560214058559.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *