Laman Ngaji Chow Kit Buka Peluang Gelandangan Dalami Ilmu Agama

Sebut sahaja golongan gelandangan pasti anda semua sedia maklum ini merujuk kepada mereka yang hidup merempat atau tinggal di kaki lima bangunan. Kejadian ini berpunca daripada mereka yang menghisap dadah, kemiskinan, penagih dadah dan pelbagai lagi.

Namun, dengan kekurangan yang melanda, mereka juga ada perasaan sama seperti orang lain yang hidup normal dan mendalami tentang agama. Sehubungan itu, Laman Ngaji telah ditubuhkan di premis Warung Makan Sahabat bagi membantu golongan yang ingin mendalami ilmu agama.

Program ini diadakan sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis dapat membantu golongan yang tersisih ini menempuh sinar baru dalam kehidupan seharian mereka.

Program ini tercetus sejak 2017 apabila pengurus Warung Makan Sahabat yang dikenali sebagai Mak Wan dan Ustaz Muhammad Syafiq bersama gelandangan berjemaah di ruang letak kereta selepas agihan makanan diadakan.

Program ini juga diadakan secara percuma dan bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh ke premis Warung Makan Sahabat. Selain itu, pihak Warung Makan Sahabat juga mengalu-alukan mereka yang ingin memberi sumbangan bagi kelangsungan program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *