Villa Mawaddah Jadi Tempat Perlindungan Kanak-Kanak Termasuk Mereka Yang Terlibat Isu Gelandangan

Isu gelandangan seringkali dibahaskan dan sering menjadi tajuk-tajuk utama sesebuah berita. Hal yang tidak pernah lekang ini merupakan satu wabak yang terjadi akibat dari kesempitan hidup ataupun di buang keluarga, penagih dadah, bekas banduan dan ramai lagi.

Tetapi, apa yang lebih menyedihkan apabila ada anak-anak kecil yang turut mengalami nasib yang sama. Perkara ini sering terjadi apabila ibu bapa mereka tidak menghiraukan keadaan mereka. Ini juga mengakibatkan mereka kekurangan ilmu dari segi akhlak dan ilmu agama.

Anak-anak kecil ini diabaikan apabila ibu bapa mereka tidak mampu menjaga kebajikan yang berpunca akibat daripada perkara yang mereka lakukan seperti melacur, menghisap dadah, mengalami masalah gangguan mental dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, pihak Yayasan Amal Malaysia telah tampil membina Villa Mawaddah yang terletak di Kemaman, Terengganu. Villa Mawaddah ditubuhkan bagi membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik ini dan juga mengajar mereka ke arah yang lebih baik.

Bagi mereka yang ingin menghantar anak-anak kurang bernasib baik ke Villa Mawaddah ini, boleh hubungi talian secara terus ke Villa Mawaddah di 019-2644740 dan pihak Yayasan Amal Malaysia di talian 03-89280660.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *