Program Aqiqah Ramadhan di Afrika Buka Sehingga 30 April

Hadir dengan motto #feedthepoor bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan di pelbagai pelusuk dunia, pihak Yayasan Amal Malaysia melalui Amal Qurban telah melancarkan program Aqiqah Ramadhan di Afrika.

Bakal memasuki bulan Ramadhan tidak lama lagi, program ini sudah dibuka sehingga 30 April akan datang menawarkan harga serendah RM 450 bagi seekor kambing dan RM 350 bagi sebahagian lembu. Program Aqiqah untuk lembu dan kambing ini akan dijalankan di Chad.

Peserta program Aqiqah Ramadhan di Afrika ini juga bakal menerima kurma ajwa secara percuma.Selain itu, pihak Yayasan Amal Malaysia dan Amal Qurban juga telah tampil dengan cara yang mudah dan meringankan beban bagi mereka yang ingin menyertai program ini.

Pihak Amal Qurban menerima bayaran ansuran bagi program qurban bulan Julai nanti. Bakal peserta qurban sudah boleh mula membayar secara ansuran setiap bulan secara atas talian di amalqurban.com

Selari dengan hadith Rasulullah SWT, “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani), anda boleh menjadi sebahagian daripada program ini dengan hanya mendaftar secara online di amalqurban.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *