Isu Dera Kanak-Kanak Dapat Perhatian, Pihak YAM dan Kerajaan Terengganu Tubuh Villa Mawaddah

Isu berkaitan kanak-kanak dan remaja tidak lekang dibincangkan dan sering menjadi tajuk utama buat portal berita tidak kira secara digital mahupun fizikal. Tahun ini juga tidak lekang dek air mata apabila timbul pelbagai cerita mengenai kanak-kanak yang didera dan dibunuh.

Antara yang mendapat perhatian ialah kes kematian kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir yang dikatakan telah menjadi mangsa dera ibu kandung dan ayah tirinya. Mendapat liputan luas seluruh Malaysia, kes seperti itu sepatutnya tidak berlaku kepada si kecil yang masih tidak mengenali selok belok dunia.

Selain itu juga, sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang juga dikatakan didera oleh ibu kandung dan juga teman lelakinya.

Perkara yang berlaku seakan menjadi satu wabak buat mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Insan kerdil yang tiada salah itu seharusnya tidak diperlakukan sebegitu. Sewajarnya mereka haruslah dilindungi, disayangi dan diberi pembelajaran yang cukup.

Sehubungan itu, pihak Yayasan Amal Malaysia dan Kerajaan Negeri Terengganu tampil membuka sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Villa Mawaddah. Terletak di Kemaman, Terengganu, pusat ini adalah bertujuan untuk melindungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

Bagi mereka yang berminat atau mengetahui kanak-kanak yang memerlukan bantuan secara langsung boleh menghubungi talian Villa Mawaddah di 019-2644740 dan pihak Yayasan Amal Malaysia di talian 03-89280660.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *