Risalah AL-Mulk Diedar Secara Percuma Oleh YAM Kedah

Tampil dengan inisiatif mengedarkan risalah surah Al-Mulk secara percuma kepada masjid dan surau, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah, Ustaz Abdullah Din melalui harian Metro berkata, kempen ini sudah bermula sejak dua tahun lalu.

Inisiatif ini juga mendapat sambutan baik daripada negeri-negeri lain termasuk Sarawak dan pada awalnya kempen ini hanya buat negeri Kedah sahaja. Menurut Ustaz Abdullah lagi, cetakan ini merupakan lebihan dana wakaf Al-Quran yang disumbangkan kepada pihak Yayasan Amal Malaysia (YAM).

Kempen ini juga mendapat sokongan ramai sehinggakan ada pihak yang ingin menghulurkan tajaan buat cetakan risalah Al-Mulk ini. Ustaz Abdullah menzahirkan rasa terima kasih dan memohon agar orang ramai menyebarkan pengetahuan berkenaan kempen ini terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa masjid dan surau.

Buat wakil masjid dan surau yang ingin menerima risalah ini secara percuma boleh hubungi secara terus Ustaz Abdullah di talian 019-8813100 atau Pengerusinya di talian 019-4111000. Segala caj penghantaran perlu disediakan oleh wakil masjid dan surau sendiri serendah RM10.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *