Villa Mawaddah Sinar Baru Buat Anak-Anak Kurang Bernasib Baik

Seperti semua sedia maklum, Yayasan Amal Selangor dan Kerajan Negeri Terengganu telah menjalinkan usahasama dalam membangunkan sebuah pusat penjagaan anak-anak yang kurang bernasib baik. Pusat penjagaan yang diberi nama Villa Mawaddah yang terletak di Kemaman, Terengganu ini juga akan dijalankan dengan kerjasama Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Terengganu dalam membela nasib anak-anak ini.

Kita sering disogokkan oleh berita-berita yang memaparkan kesalahan jenayah tidak kira seksual mahupun penderaan fizikal saban hari yang melibatkan kanak-kanak. Pelbagai usaha dilakukan dalam membantu anak-anak yang kurang bernasib baik ini dan dengan wujudnya Villa Mawaddah ini, pihak Yayasan Amal Malaysia mampu mengakui bahawa anak-anak ini akan sentiasa terbela tidak kira apa jua sekalipun.

Anak-anak ini merupakan insan yang tidak bersalah. Ada yang terkesan dari tingkah laku ibu bapa sendiri seperti diabaikan, didera dan pelbagai lagi. Selari dengan objektif utama Villa Mawaddah ini, anak-anak ini akan diberi cukup ilmu pengetahuan dalam memperbaiki dan mengasuh mereka supaya pulih dari keadaan sedia kala. Mereka juga akan dipastikan tidak akan ketinggalan dari segi pembelajaran terutamanya dari segi agama dan akan diajar dan dijaga oleh mereka yang berilmu dan bertauliah.

Sehubungan itu, selari dengan moto Beramal kerana Allah, pihak Yayasan Amal Malaysia juga ingin menzahirkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan Villa Mawaddah ini. Segala apa yang dihulur diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak kami. Selain itu, bagi mereka yang juga ingin menghulurkan sumbangan dalam menaikkan lagi Villa Mawaddah ini, boleh terus menghubungi talian Yayasan Amal Malaysia di 03-89280660 atau talian Villa Mawaddah di 019-2644740.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *