Yayasan Amal Malaysia & Kerajaan Negeri Terengganu Jalin Kerjasama Tubuh Villa Mawaddah Bagi Membela Nasib Anak-Anak Terbiar

Kanak-kanak sering terpalit dengan pelbagai jenayah, terutamanya jenayah seksual. Ini kerana ramai yang terlepas pandang apa yang berlaku kepada mereka. Bagi mencari keadilan buat mereka semua, pihak Yayasan Amal Malaysia bersama usahasama Kerajaan Negeri Terengganu telah membangunkan sebuah pusat penjagaan anak-anak kurang bernasib baik iaitu Villa Mawaddah.

Terletak di Kemaman, Terenggganu, Villa Mawaddah ini juga akan dijalankan dengan kerjasama Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Terengganu dalam membantu anak-anak ini. Ini juga merupakan satu usaha pendidikan bagi memperkembangkan lagi potensi anak-anak kurang bernasib baik ini.

Saban hari kita sering disogokkan dengan anak-anak yang dibiarkan atas hal ibu bapa merupakan penagih dadah dan melakukan kesalahan jenayah. Selain itu juga, antara kes terpencil yang juga tidak sepatutnya berlaku adalah mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan diri, di mana mengakibatkan anak-anak ini susah untuk bersekolah. Ini sering berlaku kepada ibu bapa yang berkahwin dengan bangsa lain.

Kasihan sahaja tidak pernah cukup dengan melihat mereka diabaikan sebegitu sahaja. Sehubungan itulah Villa Mawaddah ini diwujudkan bagi membela nasib anak-anak ini. Tidak hanya tertumpu kepada mereka yang berada di sekitar Terengganu, villa ini juga dibuka buat mereka yang datang dari negeri lain. Disini mereka akan dilayan seperti anak-anak yang lain dan akan menjalani kehidupan seharian yang normal dalam membina akidah dan akhlak mereka.

Bagi mereka yang ingin menghantar atau ada mengenali anak-anak kurang bernasib baik boleh ke Villa Mawaddah atau hubungi pihak berkaitan di talian 03-8928 0660 bagi Pejabat Yayasan Amal Malaysia dan di talian 019-264 4740 bagi Villa Mawaddah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *