Sedang orang lain diluar sana berehat dihujung minggu, bersenang lenang tanpa melakukan apa sahaja kerja, mereka sanggup menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk dihabiskan di Warung Makan Sahabat.
Pendek kata bukan semua sanggup buat apa yang mereka sedang lakukan. Bermula seawal jam 4 pagi di sana, ini membuktikan mereka tidak pernah kenal erti penat lelah demi membantu sahabat yang memerlukan.
Menggunakan sehabis baik 2 hari yang ada, mereka masih beranggapan ini bukanlah waktu yang cukup buat mereka. Bermula dari memasak, sehinggalah membungkus makanan sebelum diagihkan kepada yang memerlukan, hanya dilakukan oleh mereka ini tanpa sebarang rungutan. Walaupun dicemuh dan disindir, itu tidak menjadi halangan buat mereka. Apa yang penting buat mereka ialah setiap kaki yang melangkah ke warung itu menerima makanan.
Penghargaan dan banyak terima kasih atas pengorbanan mereka. Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membuka mata lebih ramai orang diluar sana.