Persiapan Untuk Menjadi Dai’e Serba Boleh

BALING : Pelajar tahun akhir Pusat Dakwah Serantau menjalani aktiviti pengajian di pondok selama satu bulan. Di dalam pengajian tersebut, pelajar diminta membaca petikan dalam kitab,  kemudian Tuan Guru akan mensyarahkan dengan panjang lebar.  Sebanyak 6 kitab akan dikhatamkan di pondok selama sebulan. Kuliah diadakan dari mula lepas Subuh hingga selepas Isya’.
 
Selain daripada pengajian talaqi kitab, aktiviti lain juga turut diadakan seperti  pertanian, penternakan, rehlah, lawatan, program kemasyarakatan, riadhah, keusahawanan, ziarah kubur dan sebagainya.
 
Inilah kelebihan para pelajar PDS sepanjang mengikuti kuliah Pengajian Islam & Dakwah, mereka akan mengikuti pengajian Tafaqquh Fid Deen di Pondok Tafaqquh Fid Deen, Baling.
 
Selain itu, pelajar juga dilatih membaca kitab dan mensyarahkannya, dilatih menyampaikan khutbah Jumaat, berforum, menternak, masak nasi kawah, belajar buat sabun, bernasyid dan sebagainya.  Ini semua adalah persediaan untuk menjadi daie yang bukan sahaja berilmu, malahan kompeten.
 
Majlis penutup Kuliah Tafaqquh Fiddin Pondok Kejai hari ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Najmi bin Ahmad, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah.
 
Inilah sebahagian modul Pengajian Islam dan dakwah di PDS kepada pelajar semester akhir. Program ini telah berjalan sejak tahun 2016 lagi sehingga sekarang. Pelajar PDS selama tiga tahun akan mengikuti kuliah di kampus PDS Sg Merab, di samping pelbagai aktiviti kurikulum bagi melatih bakat kepimpinan, pengurusan & pengucapan awam. Selain itu pelajar juga mengikuti pengajian perubatan Islam As Syifa’ di Darul Syifa’, Bangi, kelas pertanian bersama UPM, Kursus Imam Bilal, praktikal dakwah lapangan di perkampungan orang asli dan sebagainya.
 
Sehubungan dengan itu, para dermawan dirayu menghulur sumbangan amal bagi membantu Pusat Dakwah Serantau bagi meneruskan program seumpama ini demi kelangsungan dakwah di bumi Allah ini.
 
Sumbangan boleh disalurkan terus ke
Pusat Dakwah Serantau-YAM
Bank Muamalat (12100001008710)
 
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *