Derma Darah Perdana di Ayer Hitam Berjaya Mengumpul 13,050ml Darah

AYER ITAM : Seramai 105 orang telah hadir ke Program Derma Darah Perdana manakala seramai 69 orang telah layak menderma darah setelah pemeriksaan Kesihatan. Sebahagian daripada peserta berdaftar tidak layak menderma darah pada kali ini atas faktor Kesihatan setelah pemeriksaan Kesihatan dijalankan.
 
Program ini telah dilaksanakan mengikut ketetapan SOP penjarakan fizikal dan pemeriksaan suhu kepada setiap bakal Penderma Darah sebelum memasuki premis. Semua penderma darah juga telah mendaftar diri awal dan diberikan jadual waktu hadir bagi memudahkan urusan semua pihak.
Seramai 105 orang telah hadir ke Program Derma Darah Perdana manakala seramai 69 orang telah layak menderma darah setelah pemeriksaan Kesihatan. Sebahagian daripada peserta berdaftar tidak layak menderma darah pada kali ini atas faktor Kesihatan setelah pemeriksaan Kesihatan dijalankan.
 
Program ini telah dilaksanakan mengikut ketetapan SOP penjarakan fizikal dan pemeriksaan suhu kepada setiap bakal Penderma Darah sebelum memasuki premis. Semua penderma darah juga telah mendaftar diri awal dan diberikan jadual waktu hadir bagi memudahkan urusan semua pihak.
 
Cenderamata, Set Barangan dapur serta bungkusan makanan dan minuman juga telah diberikan kepada semua penderma darah dan petugas HSNI sumbangan penaja. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua penaja yang telah menaja Pek sumbangan barangan keperluan dapur, cenderamata dan makanan iaitu :
 
1) YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN JOHOR
2) YB ADUN SEMARANG
3) YB. AHLI PARLIMEN AYER HITAM
4) KELAB WARGA AYER HITAM
5) KOPERASI AL-IKHSAN
6) RAIHAN FROZEN
7) CELCOM AXIATA BERHAD
8) SUMBANGAN INDIVIDU
 
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua petugas yang telah membantu bagi memastikan kelancaran program ini.
 
Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang bagi memberikan sokongan kepada usaha menambah Tabung Darah Negara dan menampung keperluan pesakit yang memerlukan.
 
#DermaDarah
#kempendermadarah
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *