Ramai sebenarnya yang boleh bangkit balik lepas ambil dadah. Kita nak beritahu pada ramai orang yang mereka juga boleh berjaya, boleh jadi manusia.
Janganlah kita pandang mereka dengan pandangan mereka adalah simbol kegagalan dalam hidup.
Kita lah kena bawa masyarakat membantu mereka, membantu gelandangan ini.
Terkesan sangat kata-kata ini dalam hati. Tipulah kalau tak pernah ada buruk sangka pada golongan ini, tapi cepat-cepat tepis.
Mereka juga macam kita, ada masa buat silap, ada masa salah pilih jalan. Janganlah dipandang rendah pada mereka. Mari kita bantu mereka.
Alhamdulillah semalam 21 Disember 2020 dapat sertai aktiviti Yayasan Amal Malaysia bersama rakan jalanan di Bulatan Harmony Park, KL. Ada aktiviti praktikal wudhu, tazkirah khas bersama IM Fakhrul, busking santai dan agihan barang sumbangan. Rakan – rakan NGO seperti Baitul Fiqh dan siswa dari UKM serta UUM pun ada bersama.
Walaupun tak sempat hadir untuk sesi penyampaian sumbangan, tetapi tarbiah tetap sampai asbab hati sangat rindukan gerak kerja jalanan.
Semoga terus istiqamah.
Sehingga ke syurga Nya.
Nukilan :
Nur Atikah Shaari (Relawan Amal)