“STRESS BETUL DENGAN MACAM-MACAM MASALAH SEKARANG NI!”
Walaupun ungkapan ini nampak biasa, tetapi setengah juta dari rakyat Malaysia sedang menghadapi masalah ini!
Oktober yang lalu, laporan dalam Berita Harian melaporkan bahawa hampir setengah juta rakyat Malaysia sedang menghadapi stress dan mempunyai simptom dispresi yang membimbangkan menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019. Tambahan lagi, KKM merekodkan bahawa terdapat 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari dan Jun tahun ini akibat dispresi!
Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara faktor yang menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.
Susulan itu, Amal Doktor, Yayasan Amal Malaysia membawakan kepada semua bual bicara membincangkan isu ini secara live – “Cara-cara untuk Menangani Masalah Stress” pada 21 Disember 2020 (Isnin) , 9.00 malam ini.