AMAL MALAYSIA BANTU WARGA KUBANG KERIAN PEROLEH SUMBER AIR BERSIH - Amal Malaysia

AMAL MALAYSIA BANTU WARGA KUBANG KERIAN PEROLEH SUMBER AIR BERSIH

SEKRETARIAT AID4LEBANON KUTIP HAMPIR RM 839 RIBU UNTUK MANGSA LETUPAN DI LUBNAN
September 11, 2020
CONDOLENCE ON THE PASSING OF SYEIKH DR ABDUL GHAFFAR AZIZ
October 6, 2020

Masjid Mukim Seterpa – 17 September 2020. Yayasan Amal Malaysia dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menyiapkan 6 buah unit kemudahan sumber air bersih di 4 buah kampung Daerah Kubang Kerian, Kelantan.

Kemudahan sumber air bersih ini adalah sumbangan daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk manfaat dan kegunaan penduduk setempat.
 
Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Padang Bemban (2 Unit), Kampung Jejabi Banggu (1 Unit), Kampung Telok Baharu (1 unit) dan Kampung Seterpa (2 unit).
 
Ia merupakan inisiatif untuk memastikan bekalan air yang lebih baik dengan langkah segera dan berperingkat. Setiap unit ini juga berupaya menampung sebanyak 30 buah keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *