SEKRETARIAT AID4LEBANON KUTIP HAMPIR RM 839 RIBU UNTUK MANGSA LETUPAN DI LUBNAN - Amal Malaysia

SEKRETARIAT AID4LEBANON KUTIP HAMPIR RM 839 RIBU UNTUK MANGSA LETUPAN DI LUBNAN

BERKONGSI DUKA BENCANA LUBNAN DENGAN WARGA TERENGGANU
September 10, 2020
AMAL MALAYSIA BANTU WARGA KUBANG KERIAN PEROLEH SUMBER AIR BERSIH
September 21, 2020

Marang, 11 September 2020 – Yayasan Amal Malaysia hari ini bersama dengan rakan – rakan NGO gabungan Sekretariat Aid4Lebanon telah menyerahkan  sumbangan orang ramai Fasa 2 untuk bantuan bencana Lubnan berjumlah RM 637,295.00 kepada jawatankuasa induk sekretariat. Ini menjadikan kutipan keseluruhan sumbangan yang terkumpul sejak hari pertama kempen dilancarkan adalah hampir RM 839,000.00.

Simbolik penerimaan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila seusai tamat kuliah dhuha mingguan beliau di sini.

Dalam pada itu, Yayasan Amal Malaysia berjaya mengutip RM 25,000 untuk turut diserahkan kepada mangsa bencana letupan di Lubnan melalui sekretariat ini.

Serahan sumbangan Fasa 1 telah dijalankan pada 15 Ogos 2020 yang lepas melalui jaringan NGO di Lubnan dengan kerjasama Wisma Putra.

Pihak sekretariat Aid4Lebanon mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota NGO gabungan yang bertungkus lumus memastikan sasaran sumbangan ini dicapai.

 Letupan yang berlaku di Pelabuhan Beirut  pada 4 Ogos yang lepas telah menyebabkan kawasan letupan itu bertukar menjadi kawah gergasi. Tragedi itu juga telah mengorbankan ratusan nyawa dan menyebabkan kecederaan lebih 5,000 orang. Sekretariat Aid4Lebanon telah dibentuk melibatkan 33 buah NGO untuk bersama – sama mengumpulkan sumbangan dan menyerahkannya kepada para mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *