Relawan Amal

Jadilah Orang Jujur

#CoretanRelawanAmal

JADILAH ORANG JUJUR

Nak kongsi satu cerita
Semalam…
Kami, Relawan Amal
Dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak
Ditugaskan ke satu lokasi
Untuk edaran sumbangan asnaf

Dalam ramai-ramai penerima tu
Adalah salah seorang sahabat saya
Dia bekerja di sebuah pasar basah
Memang saya kenal benar dengan dia
Berasal dari keluarga yang susah

Rumah keluarganya adalah rumah bantuan kerajaan
Yang dibina seperti Melepaskan Batuk Di Tangga
Retak sana sini..Senget sana sini
Sangat menyakitkan hati memandangnya

Ayah beliau entah sudah lama menghilang
Beliau tinggal bersama ibu dan adik-adik
Bersebelahan rumah dhaif itu
Adalah rumah nenek mereka

Kerapkali dia menangis dan bercerita
Kesusahan yang dialami kepada saya
Dan ketika itu hanya sedikit bantuan
Yang dapat saya berikan
Dan juga saya sediakan surat menyurat
Untuk permohonan membaiki rumah

Jadi…Kembali kepada cerita tadi
Saya panggil dia untuk serahkan sumbangan
Dia datang kepada saya dan dia bersuara
‘Takpalah angah, bagi urang lain lah’
Saya terdiam dan membalas
‘Eh jangan kaito, untuk kao ni..Aku taho ja kau ni bukan urang baduit’

Beliau tersenyum dan menyatakan
Ada lagi yang lebih layak
Dan dia tak perlukan barangan itu
Atas alasan dia dah lama kerja
Dan gaji yang ada cukup untuk menampung
Keperluan adik-adiknya

Alhamdulillah masih ada yang jujur
Sanggup berkorban untuk
Kesenangan orang lain
Jom kawan-kawan
Kita doakan beliau murah rezeki
Kita doakan beliau jadi orang yang amanah
Kita doakan beliau disihatkan tubuh badan

Husnul Fikri
Relawan Amal
07-04-2020 | 0700

Semoga Allah merahmati setiap usaha jariah kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *