OP COVID-19 : PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENUTUPAN 8 LALUAN DI KAJANG - Amal Malaysia

OP COVID-19 : PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENUTUPAN 8 LALUAN DI KAJANG

Relawan Amal
JADILAH ORANG JUJUR
April 7, 2020
COVID 19 : KEMASKINI AGIHAN SUMBANGAN AMAL MALAYSIA
April 9, 2020

PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENUTUPAN JALAN OLEH YDH ACP AHMAD DZAFFIR BIN MOHD YUSSOF ( KETUA POLIS DAERAH KAJANG)

KAJANG : 08 April 2020 Polis Daerah Kajang dengan kerjasama MPKj, JKR dan juga RELA telah melaksanakan penutupan lapan laluan di Kajang mulai malam ini bersamaan 8 April 2020. Untuk anda yang berada di Kajang, ini adalah makluman daripada PDRM IPD Kajang yang telahpun melaksanakan penutupan lapan jalan di beberapa lokasi bermula 8 April ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff, sebelum ini telah memaklumkan bahawa penutupan kekal melibatkan lapan jalan berkenaan adalah bagi mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua bagi membendung penularan wabak COVID-19.


Laluan terbabit ialah Jalan Sungai Chua-Susur Terowong KTM, Jalan Reko-MRT, Jalan Cheras- Jalan Timur (depan Masjid Jamek Kajang), Jalan Semenyih-Jalan Low Ti Kok, susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian, Jalan TTDI Grove 1/1, Persiaran Saujana Impian-Jalan Melor 1, Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris dan dari arah Persiaran Saujana Impian serta sempadan Bandar Seri Putra- Nilai 3.

Bagaimana pun, terdapat laluan alternatif yang boleh digunakan iaitu dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya Grand Saga bolehlah melalui Jalan Cheras ke Kajang. Sementara yang datang dari arah Sungai Chua boleh melalui Lebuhraya SILK untuk ke Lebuhraya Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.


Selain itu, orang ramai yang datang dari Jalan Reko boleh melalui Lebuhraya SILK, Jalan Bukit ke Pekan Kajang, Jalan Low Ti Kok, Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning, Cempaka Putih, Pekan Kajang dan laluan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Mahkamah Kajang, MPKJ, dan Kajang Plaza Medical Centre adalah melalui Jalan Timur dan Cempaka Kuning.

Sumber : Halaman Facebook Polis Daerah Kajang

Polis Daerah Kajang dengan kerjasama MPKj, JKR dan juga RELA telah melaksanakan penutupan lapan laluan di Kajang
Proses peletakkan batu penghadang jalan
Polis Daerah Kajang dengan kerjasama MPKj, JKR dan juga RELA telah melaksanakan penutupan lapan laluan di Kajang
Polis Daerah Kajang dengan kerjasama MPKj, JKR dan juga RELA telah melaksanakan penutupan lapan laluan di Kajang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *