Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dipanjangkan?
Hendak jawapan tepat : kena tunggu pada 10 April kerana mereka yang di atas tahu angka dan bagaimana keadaannya.
Tapi lihat bagaimana perkembangan di luar. Hingga ke hari ini:
4 kluster besar yang masih mempunyai rantaian ‘contact’ yang perlu dikesan:
1) Perhimpunan di Seri Petaling (42%)
2) Individu dengan sejarah perjalanan ke Itali (Kuching)
3) Perhimpunan keagamaan di Kuching
4) Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi.
Dalam masa yang sama, Perintah Kawalan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah melaksanakan arahan ke-4 , yang terkini di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Jumlah kes positif semasa tetap dengan nilai >150 kes secara harian dengan sebanyak 8000+ kes masih menunggu keputusan.
Kemudian boleh tengok pada kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac hingga 5 April adalah sebanyak 6,048 individu.
Ya ramai ditangkap dan terlalu ramai tak patuhi PKP secara hakikatnya dan boleh dengar terdapat beberapa berita menyatakan ada yang tidak mengikuti arahan kuarantin.
Hasilnya, rangkaian kluster masih akan berterusan dan menyukarkan kawalan sebaran Covid-19. Sebab itu PKPD dibuat untuk mengurangkan lagi beban tersebarnya kluster daripada kawasan hotspot.
Saudara-saudara,
PKP tidak akan berjaya jikalau kesemua rakyat tidak patuhinya.
Bila kata kesemua maksudnya adalah SEMUA.
Cukup untuk segelintir golongan yang degil di antara kita, boleh membuatkan rantaian Covid menjadi beberapa kluster yang baru dan kes semakin panjang dan berlarutan.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Mari lihat dan baca juga bagaimana keadaan di negara-negara jiran kita. Susah hendak leraikan PKP jikalau negara-negara sempadan berdepan dengan peningkatan kes semasa , apatah lagi kalau mereka menjadi ‘epicenter’ kepada virus tersebut
Dan perlu faham bilamana PKP hendak dileraikan, harus dilakukan secara berperingkat supaya tidak berlaku kluster baharu dan menyebabkan kita tenggelam dengan gelombang virus yang kemungkinan lagi sukar untuk dikawal.
Sekarang anda sendiri nilai samada PKP akan dipanjangkan ataupun tidak.
Kalau hendak ia dipendekkan:
Duduk rumah.
Kekalkan hand hygiene.
Praktis social distancing.
We have to win this war.
#fightcovid19
Dr. Afiq Fahimy, Relawan Yayasan Amal Malaysia