Yayasan Amal Cawangan Terengganu Sampaikan Sumbangan RM 10 Ribu Untuk Krisis Yaman

Kuala Terengganu, 27 Feb : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 10 Ribu hasil kutipan sumbangan orang ramai  kepada “Tabung Terengganu4Yemen” kelolaan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tabung ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo atas dasar keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat Yaman yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk di dunia. Dianggarkan seramai 17 juta rakyat Yaman sedang dilanda dengan krisis kelaparan, penyakit dan tempat tinggal akivbat konflik peperangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ust Muhd Abdullah Mohamad, Pegawai Yayasan Amal Malaysia Cawangan Teregganu pagi tadi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *