Ucapan Tahniah Kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Ke – 8

Yayasan Amal Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan baharu pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Md Yassin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke – 8.

Pada masa yang sama, Yayasan Amal Malaysia sebagai sebuah NGO, akan terus mendokong aspirasi kerajaan dalam usaha memakmurkan ekonomi rakyat dan negara khususnya peningkatan tahap pendidikan dan pembangunan seimbang di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.

Yayasan Amal Malaysia juga akan sentiasa mendokong usaha memupuk perpaduan nasional antara kaum demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negara.

TUAN HAJI HUSSIN BIN ISMAIL
Presiden
Yayasan Amal Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *