Yayasan Amal menerima Tetamu dari Bosnia

KISAH YAYASAN AMAL MALAYSIA TERIMA TETAMU NGO DARIPADA BOSNIA PADA 12 NOVEMBER 2019

=================
#catatanrelawanamal

Tadi bertemu brother Yasser dari Bosnia.

Mengalir air mata, ketika berjumpa sekali lagi, insan bernama Yasser dari Bosnia, antara 4 banduan sekamar aku di penjara berhiba di bumi Palastine.
Di tahan dan di penjara kan oleh kerajaan Israel, peristiwa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Palestine pada 31 Mei 2010.

Hampir 9 tahun berlalu namun, senyuman serta kerinduan terserlah ketika bertemu kembali tadi.

Masih aku teringat, ketika dalam sel penjara relawan Jasmin meneriak nama ku “Malaysian people” coming join me.

Ketika itu groups kami 75 relawan yang di tawan Israel army, di humban dalam satu sel.

Selepas itu semua banduan di arah kan masuk dalam bilik penjara yang ada 2 katil 2 tingkat.

Cukup 4 orang masuk, pintu automatic lock.

Waktu tu dah 2-3 hari tak mandi semasa mula di serang hingga di tawan dan di sumbat dalam jail.

Pihak penjara longgokkan pakaian, 1 longgok 1 orang.
Tuala, baju trek tebal sepasang, sabun, ubat gigi dan berus gigi dan selimut. (semua pakaian ni aku bawa balik Malaysia – ramai relawan serah balik kepada pihak penjara, memang dia mintak balik, aku maki, cakap melayu, dia tak faham dan benarkan aku keluar ketika duta Jordan datang panggil rakyat Jordan, Malaysia dan Indonesia.

Lebih kurang 10 minit masuk sel, kami berempat termenung sekejap sambil duduk di katil tingkat bawah.

Jasmin 30an paling muda waktu tu, yang berumur namanya Saad, Yasser dan aku 47 tahun waktu tu.

Jasmin offer sapa masuk dulu ke toilet, aku bagitahu, beri laluan yang veteran dulu.

Bro Saad masuk dulu, lebih kurang 2-3 minit, dia keluar,

Lepas tu Bro Yasser, lebih kurang 2-3 minit keluar.

Giliran aku pula masuk toilet (luas 3x3kaki)
Terkejut aku tengok ada jamban duduk, ada singki sebesar 10 inci diameter, tiada gayung. Tiada getah paip.
Alhamdulilah aku dapat mandi seadanya (aku orang kampong, aku pernah susah, pernah di latih program ithtiar hidup.

Ketika aku keluar dari toilet (pintu toilet 2 daun – dari luar boleh nampak dada dan Kepala, dan boleh nampak lutut ke kaki. Pintu macam filem koboi.

Yaser dan Saad bangun dan tanya macam mana aku boleh mandi ??
Jasmin terus menjengok ke toilet.
Hehehe ?? dia gelak, tiada gayung, tiada getah, macam mana nak mandi.
Aku tunjukkan kepada mereka, tangan kiri tekan lobang singki, tangan kanan cedok air yang memenuhi singki tu ??
Mereka pon buat ?? seronok dapat mandi.

Masa makan semua turun di ruang bawah, waktu solat, kami bawa selimut masing2 dan solat berjemaah 75 banduan.

Pada mulanya, Israel army tak benarkan, di arah kan semua masuk dalam bilik masing2.

Alhamdulilah, ada yang boleh bercakap dalam bahasa yahudi.

Kami ugut, jika tak benar solat di kawasan bawah, kami mogok lapar (tak mau makan)

Runding punya Runding.
Yang jaga penjara benarkan kami solat berjemaah. (dalam bilik sempit sangat, nak solat payah, kecuali solat cara duduk.)

Selepas makan, kami tak syak apa2.
Kami di arah masuk dalam sel@bilik. Pintu lock. Waktu makan lah masa kami untuk solat.
Masa lain di kurung dalam bilik sempit tu.
(cerita pasal makan, setelah seminggu balik Malaysia, relawan Indonesia yang cedera maklum kan kami darah kita ada racun, kesan makanan yang di makan dalam penjara.
Alhamdulilah sehingga kini kami selamat.

Saya teringat bro Saad sambil renung ke luar tingkap kaca dengan linang air mata. Saya dekati nya, why??.
Dia teringat family nya.
Saya sebut, sabar brother,
Kita dapat mengaji Al-Qoran sepanjang masa,
Kita boleh belajar banyak bahasa (saat fasih Arab, boleh belajar bahasa English, Arab, jawa, melayu, bahasa Bosnia, bahasa macadonia.

Aku beri kekuatan kepada nya, Allah beri kita dok dalam hotel percuma.
Kita boleh fikir untuk umat Islam, kita dapat makan free. Andai kita di bunuh, ini lah nikmat yang tak terkata, macam mana pon kita akan mati. Insyaallah kita tak mati terhina.
Semoga Allah terima amalan kita.
Ber doa lah.

Alhamdulilah, Saya, Saad, Yasser dan Jasmin peluk satu sama lain.

Kami sama2 berzikir. Tenanggg sungguh waktu tu.

Jumlah keseluruhan relawan 577 yang dalam kapal mavimarmara.
Dalam 75 banduan ni aku seorang jer dari Malaysia. Sahabat2 Malaysia total 12 orang, Indonesia 12 orang, tapi mereka di asingkan di sel lain2.
Terdetik juga, jangan2 yang lain di seksa atau macam2 pikiran kami.

Makanan yang di hidang ala buffer, nasi putih, sayur, daging, ikan. Buah epal, roti poun tapi lembab, air manirel.
Daging tiada yang sentuh.
Ada yang makan nasi putih sahaja. Maklum jer lah memang betul2 lapar. Ada juga yang puasa.
(Rupa nya semua di bubuh racun)

Selepas kami di bebaskan, masuk sempadan Jordan, 1st Dato Malek TYT duta Malaysia Di Jordan sambut kami, peluk kami, sebut syabas rakyat Malaysia, you adalah wira ku ??. Dato Malek santuni kami, beri minuman dan makanan untuk alas perut. (tqvm dato – jika baca Mesej ini)

Sebelum naik bas untuk ke Bandar Jordan.

Syarikat telepon Nokia hadiah kan handpone free siap ada kredit.

1st Saya call isteri Saya (no hp yang aku ingat waktu tu).
Bagi info semua selamat.

Ada wartawan dari Malaysia datang temubual semua relawan, kecuali aku.
Aku hulur Salam, wajahnya tak ceria.
Aku faham.
Walau pon waktu tu bergenang mata ku, Kenapa aku tak di temubual. Aku faham siapa aku. Waktu tu persepsi rakyat ada yang tak gembira dengan Ngo aku. ??? Itu lah dunia. Aku yakin perjuangan aku, Insyaallah mereka akan akui kita berada di pihak yang benar.
Walau pon pasrah dgn peristiwa sikap wartawan tu, aku pujuk diri ku. Apa ada, itu semua dunia. Insyaallah Allah bersama mu.
Aku mula senyum dan yakin serta bersemangat untuk terus kan perjuangan ini.

Sebagai Ngo yang ada motto sendiri.
“BERAMAL KERANA ALLAH”.

Aku terus senyum ???.
Maaf panjang cerita ni (berita baru 5% – Insyaallah nanti sambung balik).
(biarlah jika jariah ini di terima Allah – pahala ini untuk ibu dan ayah aku)

Warkah info kongsi sama.

Pak Jamu (Jamuliddin Bin Elias)
12 Nov 2019
Bangi selangor.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *