Misi Ziarah Mahabbah Pulau Banggi, Kudat, Sabah.

Pulau Banggi, 6 Okt 19 – Misi Ziarah Mahabbah Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang dianjurkan oleh Kelab Relawan Amal, Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak berjaya dilaksanakan pada 2 hingga 6 Oktober 2019 yang lalu.

Misi ini dilaksanakan bagi tujuan ziarah, kebajikan dan pendidikan yang dijalankan di 3 tempat terpilih iaitu Kampung Salangan, Kampung Maligu, dan Kampung Pasir Hitam. Semuanya terletak jauh di pedalaman yang tiada ‘line’ telefon. Biarpun misi pada kali ini tiada kurniaan Syahadah, namun anak2 dari keluarga yang belum Islam sudah mahu sertai aktiviti2 kebersihan diri dan permainan bersama kami.

Relawan yang terlibat dalam misi kali ini seramai 21 orang serta 5 orang daie dan 4 orang daieyah menyantuni penduduk kampung di 3 perkampungan tersebut.

Para relawan berkampung selama 3 hari di Surau Al-Amal. Surau Al-Amal ini dibina oleh Yayasan Amal Malaysia untuk kemudahan penduduk Kampung Salangan sebagai tempat berkumpul menimba ilmu, solat berjemaah, kenduri rakyat dan sebagainya. Di sini juga terdapat Tadika Amal Hidayah bagi tujuan pendidikan kanak-kanak dan orang dewasa.

Perjalanan selama 45 minit dari Kampung Salangan ke Kampung Maligu menaiki bot demi memberi sumbangan kepada penduduk kampung di sana. Manakala, dari Kampung Salangan ke Kampung Pasir Hitam mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan 4×4. Seterusnya, perjalanan dari Kampung Pasir Hitam ke Karakit selama 1 jam setengah.

Sebanyak 6 set Kit Jenazah telah berjaya diperolehi dari jumlah terkumpul sumbangan Kit Jenazah ANDA. Semoga kit ini dapat membantu masyarakat Muslim di sini apabila berlaku kematian.

100 kit kebersihan yang mengandungi ubat gigi, berus gigi, sabub mandi, syampu, dan alatan kemasan diri; telah diserahkan kepada kanak2 di sana. Latihan memberus gigi dengan betul dan cara2 membasmi kutu juga telah diajar kepada mereka.

100 keluarga berjaya disantuni oleh Relawan Amal yang merangkumi 3 buah kampung tadi. Setiap keluarga dibekalkan dengan kit makanan asas seperti; beras 5kg, tepung gandum 2kg, garam, gula, roti gardenia, minyak masak dan serbuk kopi.

Akhir kalam, terima kasih buat semua relawan, daie, daieyah Amal Malaysia yang terlibat secara langsung, serta para penyumbang yang memberi dana untuk kami jayakan misi kali ini. Sumbangan kalian amat bermakna buat kami dan seluruh penduduk di Pulau Banggi ini. Semoga setiap bantuan yang disumbangkan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Pihak Sekretariat Pengurusan Sumber Relawan (VRMS), Yayasan Amal Malaysia sangat berterima kasih kepada ANDA kerana sudi bersama di dalam menjayakan Misi Ziarah Mahabbah kali ini. Setiap sumbangan ANDA ada saham di sisi Allah kepada kembalinya mereka kepada Islam.

Sekretariat
Pengurusan Sumber Relawan
Yayasan Amal Malaysia

“Berkhidmat untuk kemanusiaan, beramal kerana Allah.”

#misiziarahmahabbahpulaubanggi #pulaubanggi #mission #amalmalaysia #yayasanamalmalaysia #syukurselalu #charity #humanity #NGO #amalulillah #sebarkankebaikkan #amal #alhamdulillah #berkhidmatuntukkemanusiaan #beramalkeranaAllah #amalfoundationofmalaysia #weareone #workingforhumanity #servingAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *