Memperkuat Kerja Kesukarelawanan Di Negeri Harimau Selatan

Johor Bharu : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor (Amal Johor) berjaya melaksanakan retreat pada 11 -12 Oktober 2019 yang lepas bertempat di Hotel De KPMJ Boutique.

Retreat ini memfokuskan kepada halatuju dan pelan perancangan strategik yang ingin digerakkan secara  bersama di peringkat Johor. Seramai 20 orang para peserta retreat ini telah berazam untuk meningkatkan mutu kerja kesukarelawanan selaras dengan cogan kata Amal “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia dan  dimoderatorkan oleh Tuan Haji Mohd Razali Bin Moksim, Ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *