Pelancaran “Jom Berwakaf! 1 Juta Naskah Quran Untuk Seluruh Benua Afrika”

Alhamdulillah pada 8 September 2019 (Ahad) di Arina Skyview Kuala Lumpur, Yayasan Amal Malaysia menjayakan pelancaran “Jom Berwakaf! 1 Juta Naskah Quran Untuk Seluruh Benua Afrika”.

Pelancaran ini dilaksanakan bagi menanam sifat peka dan prihatin terhadap kehidupan muslim di Afrika yang memerlukan naskah Quran dalam kehidupan seharian.

Apabila team Amal Qurban pulang ke tanah air setelah selesai menyembelih haiwan qurban dan aqiqah di Afrika, mereka mendapati keperluan naskah Al-Quran amat diperlukan di Mahaad Tahfiz, surau-surau, dan masjid di Afrika.

Jadi, atas inisiatif ini team Amal Qurban terpanggil untuk mengajak seluruh dermawan dunia bersama-sama menghulurkan bantuan demi kelancaran hafalan anak-anak muslim khususnya demi menghafaz dan membaca Al-Quran dengan baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *