Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-10: Terus Memacu Usaha Kemanusiaan ke Seantero Dunia

Miri, 20 April 2019: Yayasan Amal Malaysia (YAM) akan terus memacu usaha amal kebajikan dan kemanusiaannya dalam mencapai visi “Menjadi NGO Pilihan Dunia Menjelang Tahun 2025”.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden YAM, Tuan Haji Hussin Ismail ketika memberi kata aluan dalam mesyuarat tersebut. Sehingga kini, YAM telah meluaskan kerja – kerja kemanusiaan ke lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Sibuti, YB Tuan Lukanisman Awang Sauni yang merasmikan mesyuarat tersebut turut memberikan sokongan penuh terhadap usaha kebajikan YAM. Beliau juga menambah bahawa kepimpinan tertinggi negeri sudi membantu aktiviti kebajikan YAM di Sarawak memandangkan YAM telah banyak menganjurkan aktiviti kebajikan dan program yang mendekati rakyat Sarawak.

Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke -10 dengan Miri menjadi lokasi utamanya yang melibatkan seramai 130 perwakilan dari seluruh negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *