Bangi: Ustaz Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden 1 YAM merangkap mudir Pusat Dakwah Serantau telah mewakili YAM dalam sesi Makmal Penggubalan Dasar Dakwah Negara anjuran JAKIM yang telah diadakan pada 23 – 25 April 2019 di Institut Latihan Islam Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk mengenalpasti dan menilai semula dasar – dasar berkaitan dakwah serta menghasilkan dokumen dasar dakwah negara yang bersifat realistik dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dakwah semasa.
Program ini turut disertai oleh NGO-NGO utama dalam bidang dakwah dan kebajikan.