Lebih 200 Penduduk Iban Kg. Gayau Terima Manfaat Projek Telaga Tiub Kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan YADIM - Amal Malaysia

Lebih 200 Penduduk Iban Kg. Gayau Terima Manfaat Projek Telaga Tiub Kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan YADIM

Kempen Cegah Bahaya Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Amal Doctor Bersama Warga Surau Al Falah
March 17, 2019
Pertama Kali Bengkel Kewartawanan 1.0
April 16, 2019

Sri Aman: Satu majlis ringkas penyerahan serta perasmian sebuah telaga tiub yang dibina oleh pasukan Water4Life, Yayasan Amal Malaysia untuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diadakan di Kampung Gayau, 80 kilometer daripada bandar Sri Aman, Sarawak pada 26 Mac 2019 yang lepas.

Telaga tiub ini telah di rasmikan oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Zon Sarawak, Encik Awang DulHadi turut serta Haji Salleh Farmin, Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia dan Encik Nuzul Adzwan Sulaiman, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak.

Telaga tiub yang disumbangkan oleh YADIM ini dengan kerjasama unit Water4Life Yayasan Amal Malaysia diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah ketiadaan sumber air bersih untuk lebih 200 orang masyarakat Iban Kg Gayau dan sekitarnya yang telah sekian lama membelenggu masyarakat Kg Gayau terutama pada musim kemarau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *