Kempen Cegah Bahaya Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Amal Doctor Bersama Warga Surau Al Falah

Bangi, 16 Mac 2019: Amal Doktor dengan kerjasama Surah Al Falah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi telah melaksanakan program ceramah kesihatan berkenaan “Mengesan & Merawat Kanser di Malaysia”.

Program ini berjaya membuka mata seramai lebih kurang 70 orang hadirin berkenaan perlunya untuk mengetahui faktor, kesan dan kaedah menangani penyakit tersebut. Para hadirin turut bersoal jawab bersama penceramah iaitu Dr. Afiq Muhammed Fahimy, Pegawai Perubatan Jabatan Pembedahan Am yang juga selaku Timbalan Pengarah Amal Doktor, Yayasan Amal Malaysia.

Sesi ceramah kesihatan ini turut dimeriahkan dengan sesi pemeriksaan kesihatan percuma dan kaunter sumbangan oleh para sukarelawan Yayasan Amal Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *