Lawatan Kerjasama Fakulti Pertanian UPM & Pusat Dakwah Serantau (PDS) Yayasan Amal Malaysia

Banting: Pusat Dakwah Serantau (PDS) telah di hadiri oleh wakil dari Fakulti Pertanian bagi perbincangan mengenai kerjasama Projek Pembinaan Modul Pertanian ke dalam silibus akademik di PDS.

Lawatan dari UPM yang diketuai oleh Dr Syaari, pegawai dan 2 orang pensyarah mengadakan lawatan mereka ke tapak tanah milik Yayasan Amal Malaysia di Labohan Dagang yang akan dijadikan sebagai tempat latihan amali pertanian buat pelajar-pelajar PDS

Modul kemahiran pertanian akan diajar kepada pelajar PDS mulai semester ke 3 dan 4, melalui teori dan amali. PDS bukan sahaja melahirkan para pendakwah yg berilmu, malahan pendakwah yang mempunyai skill dalam pertanian, penternakan, merawat dengan perubatan syifa’, bekam dan lain-lain.

Hasil dari pertemuan ini, pihak UPM akan terus bekerjasama dengan PDS untuk membuat modul pertanian secara teori dan amali bagi kegunaan PDS di masa akan datang.

Ustaz Misbah dan Saudara Amri Ali menerangkan kepada pihak UPM mengenai tapak pertanian di Kompleks PDS
Lawatan ke Tapak Cadangan untuk amali Pertanian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *