Selepas berlakunya bencana gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa, banyak keluarga menderita kehilangan orang tersayang dan harta benda. Seolah-olah hancur harapan mereka untuk teruskan kehidupan.
Namun Alhamdulillah, bantuan dari seluruh pelusuk dunia khasnya dari Malaysia sendiri, Yayasan Amal Malaysia bersama rakan NGOs dalam negara dan dari Indonesia sendiri berganding bahu atas nama kemanusiaan membantu mereka yang memerlukan.
Atas sumbangan orang ramai, Yayasan Amal Malaysia bersama rakan NGOs lain berjaya mengumpul dana bagi melancarkan projek ekonomi bagi mangsa bencana gempa bumi bagi memperoleh sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Tambahan pula, projek ini akan dijalankan berskala besar, berperingkat dan jangka masa panjang. Misi pengurusan bencana dan ketua operasi projek di sana diwakili oleh Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia yang akan memantau dan memobilasi segala urusan keluar masuk NGO dari Malaysia ke sana bersama rakan NGOs lain.
Jika anda berminat menyalurkan sumbangan, boleh berbuat demikian seperti maklumat di bawah
Sebarang maklumat lanjut, hubungi :
Kamil : +6011 1123 4717
Pejabat : +603 8928 0660
Salurkan sumbangan anda di dalam no akaun berikut :
PENAMA : Yayasan Amal Malaysia
BANK ISLAM-1305 3010 0031 49
BANK MUAMALAT -1301 0002 4997 15
MAYBANK- 5530 1012 2090
CIMB BANK- 8600 2961 90
atau secara online di
https://www.billplz.com/gempabumipalu
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”