Yayasan Amal Malaysia kini membuka penyertaan ibadah aqiqah untuk bahagian lembu dan kambing bagi membantu meringankan beban kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi
Sumbangan aqiqah daripada tuan/puan akan kami sampaikan melalui program Dapur Rakyat untuk mangsa-mangsa gempa yang masih lagi trauma dan ketiadaan tempat tinggal akibat daripada rumah-rumah yang telah ranap musnah
Yayasan Amal Malaysia dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama gabungan NGO-NGO Malaysia kini sedang giat membantu mangsa-mangsa pasca gempa berupa membina semula masjid sementara, khidmat perubatan, pembekalan air bersih juga sumbangan makanan
Harga untuk aqiqah AmalQurban adalah seperti berikut;
RM350 sebahagian lembu
RM450 seekor kambing
Pengesahan bayaran hendaklah melalui akaun bank YAYASAN AMAL MALAYSIA seperti berikut;
BANK ISLAM (13053010003149)
BANK MUAMALAT (13010002499715)
MAYBANK (553010122090)
CIMB BANK (8600296190)
Sebarang pertanyaan dan sumbangan aqiqah bolehlah terus kepada pegawai kami melalui whatsapp di http://amalqurban.wasap.my
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”