Luahan Sukarelawan Bantuan Bencana Yang Menginsafkan

Menyambut kepulangan sukarelawan awal Misi kemanusian ke Palu , Sulawesi Indonesia. Pak Jamu
selaku ketua misi sukarelawan mewakili Yayasan Amal tiba di KLIA lewat dari jadual asal kerana flight
terlewat, selamat tiba jam 11 lebih dan kami singgah di kedai bagi mendengar terus dari beliau apa situasi
sebenar di sana dan merancang misi kerjasama yANg seterusnya

Mendengar perkongsian cerita yang menginsafkan, digambarkan situasi yang menghibakan, betapa mereka
di sana memerlukan Bantuan Kita di sini. Bukan hanya Gempa tapi banjir lumpur, geseran tanah yang
teruk hinggakan terpisah antara kawasan tinggi dan rendah akibat pergerakan plak apatah lagi tsunami yang
kelajuan hampir menyamai kelajuan sang pesawat terbang

Allahurabbi… Cukup menggambarkan betapa gerunnya kiamat kecil yang menimpa saudara Kita di Kepulauan Sulawesi sana. Haji Jamuluddin atau lebih mesra di panggil Pak Jamu berkongsi dengan team Perintis yang sedang merancang untuk meneruskan misi bantuan yang seterusnya ke sana. Walaupun tertangguh perjalanan hampir dua jam.

Namun kudrat orang lama yang penuh semangat berkongsi tips dan membantu merancang gerak kerja yang
akan daantg sangat menginspirasikan kami, hampir jam 3 pagi baru lah kami mula beredar pulang ke destinasi
masing masing. Semoga Allah memelihara sahabat saudara Kita di Sana jauh mauhupun dekat Dan
semoga inayah dan Hidayah Allah ini sentiasa rapat, hampir bersama InshaAllah.

Moga terhindar dari bala sebegini di tanah tumpah darah kelahiran Bumi Malaysia tercinta

MISI BANTUAN BENCANA GEMPA BUMI, SULAWESI

Sebarang maklumat lanjut, hubungi :
Kamil : +6011 1123 4717
Pejabat : +603 8928 0660

Salurkan sumbangan anda di dalam no akaun berikut :
PENAMA : Yayasan Amal Malaysia

BANK ISLAM-1305 3010 0031 49
BANK MUAMALAT -1301 0002 4997 15
MAYBANK- 5530 1012 2090
CIMB BANK- 8600 2961 90

atau secara online di
https://www.billplz.com/gempabumipalu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *