Beramal Kerana Allah

YAYASAN AMAL MALAYSIA

working for humanity, serving God

Yayasan Amal Malaysia

adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan kebajikan dan kemanusiaan. Bergiat aktif dalam gerak kerja kebajikan sudah lebih 15 tahun meliputi dalam dan luar negara. Pelbagai misi kemanusiaan telah dijalankan di pelbagia pelusuk benua melibatkan lebih 58 buah negara. Mempunyai Visi untuk menjadi NGO Kebajikan Pilihan Dunia menjelang tahun 2025. Meletakkan Misi organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan. Dalam masa yang sama berpandukan prinsip Nilai Perkongsian Amal yang menjadi simbolik kesukarelawan yang ikhlas berbakti kerana Allah s.w.t.. Manakala, Moto Yayasan Amal Malaysia adalah “Working for Humanity, Serving God”.
  • PusatDakwahSerantau
  • Radio4Life
  • Edu4BetterFuture
  • Water 4 LIfe
  • Qurban dan Akikah
  • Jom Aqiqah
  • Bantuan Makanan
  • Sedekah
  • Bantuan Kecemasan