Pakatan Strategik

Pada masa ini, Yayasan Amal Malaysia mengetuai Gabungan NGO  Antarabangsa yang terdiri daripada Sudan, India, Filipina, Indonesia, Pakistan, Sri Langka, Turki, Bangladesh, dan Mesir yang berfungsi untuk menyelaras bantuan kebajikan kepada masyarakat di seluruh dunia yang memerlukan. Tanpa meninggalkan khidmat pembangunan dan kemanusian di Malaysia khasnya dan negara-negara Asia umumnya.

International Federation for Relief and Development atau terjemahannya Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan (IFRD) adalah sebuah gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara-negara yang berbeza dan kini beribu pejabat di Malaysia. IFRD telah didaftarkan di Colombo, Sri Lanka pada 23 Rejab 1435H bersamaan hingga 22 Mei 2014.

Sejak 2014, IFRD aktif dalam menyelaras bantuan kepada umat Islam di Arakan (Myanmar), Gaza (Palestin), Syria, Bangladesh, Filipina dan negara-negara Islam lain yang memerlukan.

Sekalung apresiasi kepada rakan-rakan kolaborasi