Kursus Pemantapan Guru Tadika Amal yang berlangsung pada 21 hingga 22 Januari 2025 di Pejabat YAM Sabah, Asia City, bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran di Tadika Amal. Kursus ini dihadiri oleh ketua² guru tadika.
Pada hari pertama, kursus dimulakan dengan Mesyuarat Persiapan Sesi 2025, diikuti oleh sesi Permainan dalam Pendidikan yang memberi penekanan tentang integrasi permainan dalam pembelajaran kanak-kanak. Sesi Rutin Harian Tadika Amal membincangkan tentang pengurusan jadual harian untuk meningkatkan disiplin dan pembelajaran. Aktiviti pada malam hari pertama memberi fokus kepada Pembugaran Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
Hari kedua dimulakan dengan sesi Pemurnian RPT, yang bertujuan untuk memperbaharui rancangan pengajaran agar lebih efektif. Sesi terakhir, Teknologi dalam Pendidikan, mengajarkan penggunaan teknologi sebagai alat bantu pengajaran dalam bilik darjah.
Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Hafizul Husni Alias dan Nor Hakimah Salleh, diharapkan dapat memberi kemahiran baru kepada guru Tadika Amal dalam menyediakan pengajaran yang lebih berkesan dan relevan, serta memastikan perkembangan kanak-kanak prasekolah yang lebih baik.