Yayasan Amal Malaysia serah sumbangan kepada Penduduk Pangsapuri Cemara

Yayasan Amal Malaysia telah menyerahkan sumbangan bahan mentah  kepada penduduk Pangsapuri Cemara yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID 19 ini. Usaha ini dibuat adalah untuk meringankan beban buat penduduk yang terkesan  dari sudut  pendapatan ekoran pandemik COVID 19 ini. Bantuan yang disalurkan membabitkan bahan keperluan harian seperti beras, gula , minyak , sardin , tepung dan lain-lain.

Menurut Encik Harun bin Maisoan yang merupakan Pengerusi Surau Hidayah Pangsapuri Cemara, seramai 36 buah keluarga yang terkesan terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan warga emas. Sumbangan daripada Yayasan Amal Malaysia diterima oleh Encik Wan Mustaffa Kamal bin Wan Muhamad yang untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan bantuan mengikut SOP yang ditetapkan.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang serta relawan AMAL yang bersama menjayakan bantuan ini.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain).” (Hadis riwayat At-Tabrani)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *