Pesakit Dialisis berusia 21 tahun menerima bantuan daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor

Berbekalkan sebuah Perodua Alza yang diwakafkan, Ustaz Yusof menghantar seorang gadis yang berusia 21 tahun ke hospital secara percuma. Ustaz Yusof Abdullah merupakan relawan AMAL yang tegar di dalam membantu khidmat pesakit yang memerlukan khidmat bantuan kenderaan ke Hospital. 

Nadia,seorang gadis yang berusia 21 tahun yang diuji oleh Allah terpaksa melalui proses dialisis kerana kedua buah pinggang nya telah mengalami kerosakan. Sebelum ini, beliau dan ibunya cuma menaiki motosikal di dalam proses penghantaran ke hospital. Ustaz Yusof berasa sangat sebak kita dihubungi oleh pihak keluarga beliau apabila mendengar kisah ini.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor mengambil inisiatif untuk membantu Nadia serta keluarga untuk berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Tambahan lagi, ibu Natasha kini bekerja seorang diri diberhentikan pekerjaan untuk menyara keluarga.

Sementara menunggu permohonan diluluskan LZS, keluarga ini terpaksa mengurangkan jumlah rawatan kerana tidak mampu membayar kos RM250 sekali rawatan. Doakan kesembuhan dan kesabaran kepada Natasha dan kesabaran kepada ibunya. Bagi pihak yang berhasrat untuk membantu keluarga ini, boleh menghubungi Ustaz Mohd Yusof Abdullah di facebook beliau.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *