Malaysia Negara Pertama Di Dunia Bantu Baik Pulih Bangunan Di Gaza

Selepas 11 hari berdepan serangan, Pengarah Polisi dan Perancangan Kementerian Perumahan dan Kerja Raya Palestin di Gaza, Dr Jawad Al-Agha berkata, Malaysia merupakan negara pertama didunia yang berjaya membantu baik-pulih bangunan tinggi di bandar Gaza. Ini juga merupakan bukti bahawa segala dana yang disumbangkan kepada danai sampai ke sana.
 
Dr Jawad menyatakan perkara tersebut ketika majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Duta-Duta Muhibbah Aid4Palestin dan Pengerusi MyAqsa Defenders iaitu Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan Abu Ayesh An-Najjar bersama Timbalan Menteri Kementerian, Dr Naji Sarhan di pejabat kementerian di bandar Gaza.
 
Dr Naji memberikan pujian terhadap ketangkasan NGO-NGO Malaysia di dalam menyampaikan bantuan kepada Gaza. Selain itu juga, beliau menyatakan bahawa nama Malaysia cukup dikenali di Palestin buat masa sekarang di samping dua negara lain iaitu Indonesia dan Qatar. Bagaimanapun, bantuan yang disalurkan kepada Gaza merangkumi fasa pertama yang melibatkan jumlah 3.3 juta dollar.
 
Ini juga termasuk hampir 1 juta dollar yang akan digunakan, iaitu separa sumbangan Aid4Palestin bernilai $555,000 dan PasRelief bernilai $242,500 buat projek baik pulih untuk 319 buah rumah yang musnah serta baik pulih sebuah bangunan 12 tingkat. Selain itu, Bangunan Al-Andalus juga akan di baiki dengan kos bernilai $190,000 hasil sumbangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dan Aid4Palestin.
 
Untuk rekod, sebelum ini juga Aid4Palestin telah menyalurkan sumbangan berbentuk pek makanan dan rawatan mangsa-mangsa yang cedera dalam peperangan yang berlaku.
 
Sumber : Nadir Al-Nuri
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *