Penularan wabak pandemik covid-19 tidak dapat dinafikan semakin berleluasa. Kes harian meningkat sehingga mencecah 4 angka membuatkan orang ramai semakin risau akan keadaan semasa. Akibat dari penularan wabak ini banyak aktiviti terpaksa dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan. Antara aktiviti yang sering dilakukan terutamanya umat Islam ialah ibadah qurban dan aqiqah. Bagaimanapun, qurban dan aqiqah tetap boleh dilakukan walaupun semasa pandemik ini sedang berlaku.
Pun begitu, bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah semasa pandemik ini, anda perlu tahu sebab mengapa perlu melakukan qurban sepanjang waktu ini. Ibadah qurban ini merupakan ibadah yang berkait rapat antara kaya dan miskin, kehidupan dan kematian serta pemupukan kehidupan bermasyarakat. Dengan perlaksanaan ibadah qurban ini, ianya dapat membentuk sikap untuk saling menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Ianya juga dapat memupuk hasil hubungan persaudaraan antara masyarakat dalam membina semangat berkasih sayang.
Selain itu juga, ibadah qurban juga dapat mengajar seseorang bahawa segalanya berjaya dengan perlaksanaan yang betul. Bagi perkasanan ibadah ini, anda memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan bertekad bagi melaksanakannya. Ianya juga memerlukan persiapan yang rapi dari segi ekonomi, tenaga kerja dan pengetahuan yang betul untuk menjayakannya atau sebaliknya akan menjadi beban kepada seseorang individu itu sendiri.
Ibadah qurban ini juga merupakan hakikat ketakwaan yang panjang. Ianya memerlukan persiapan dan langkah awal bagi berusaha mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini sendiri bagi menjayakannya setiap tahun. Tidak kira jumlah qurban yang dilakukan tetapi itulah merupakan ketakwaan yang tidak pernah putus kepada Allah SWT. Bagi mereka yang tidak tahu, ibadah qurban ini merupakan pengajaran yang besar dalam menghayati dan mencontohi semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya.
Setiap pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah SWT akan dibalas dengan kebaikan. Bukan sahaja ketika pandemik ini, malah tiada pandemik juga tetap ibadah qurban ini merupakan ibadah yang amat mulia di sisi Allah SWT. Ianya merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang didalamnya terkandung pelbagai hikmah. Antara mukjizat besar dengan melaksanakan ibadah ini adalah pada akhirat kelak, binatang yang telak dikorbankan akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan di dunia.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah).
Bagi mereka yang bukan beragama Islam juga melakukan sembelihan, tetapi apa yang membezakan mereka dengan umat Islam adalah, sembelihan mereka tidak memenuhi perintah Allah SWT. Sehubungan itu, seseorang manusia itu dimuliakan bukan kerana apa yang dimiliknya tetapi pengorbanannya dalam memberi manfaat kepada orang lain. Pengorbanan merupakan sifat kesanggupan, keberanian dan kesediaan seseorang tanpa sebarang paksaan. Pengorbanan yang dilakukan juga bukanlah bagi meraih pujian dari manusia malahan ingin mendapatkan pengiktirafan di sisi Allah SWT.
Sumber : Al Khairi Qurban & Aqiqah