Situasi Terkini di Palestin

1.Ribuan rakyat Jordan yang berkumpul di sempadan Jordan – Palestin menuntut pembukaan sempadan sambil mengibarkan bendera Palestin.( Gambar 1 )
 
2.3 buah roket dilancarkan dari Syria ke Israel.
 
3.Pesawat pejuang regim zionis Israel ketika ini masih meneruskan pengeboman ke atas Semenanjung Gaza. ( Gambar 2 )
 
4.Berlaku pertempuran di antara pemuda Palestin dengan polis regim zionis Israel di Ain Mahal, Jalil, Kafr Qaraa, Bab Al – Zawia di Hebron, Mount Al Makbar dan Shaafat di Jerusalem, Baqa Gharbiyya dan Haifa di Tebing Barat. ( Gambar 3 )
 
5.Tentera regim zionis Israel melakukan provokasi terhadap rakyat Jordan yang berdemonstarsi di sempadan Jordan – Israel dengan mengibarkan bendera Israel terhadap mereka. ( Gambar 5 )
 
6.Angka korban terbaharu rakyat Palestin akibat pengeboman pesawat pejuang regim zionis Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 126 orang termasuk 31 kanak – kanak dan 20 orang wanita serta dilaporkan 950 orang cedera.
 
7.Demonstrasi besar – besar berlaku di Hebron, Nasra, Baitulmaqdis, Gaza dan dibeberapa bandar lagi bagi menyokong penentangan terhadap regim zionis Israel.( Gambar 6 )
 
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
 
Kredit : Shehab, Al Jazeera Channel, Al Arabiya Palestine, Al Jazeera Palestine, Middle East Eye.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *