60 Keluarga Asnaf Di Shah Alam Terima Sumbangan Keperluan Asas Daripada Amal Malaysia

Seperti semua sedia maklum, Syawal akan tiba tidak lama lagi dan ini menandakan bahawa Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Di penghujung Ramadhan ini, sudah pasti ramai yang mengejar untuk melakukan amal ibadah bagi menerima fadhilat Ramadhan ini. Begitu juga dengan pihak Yayasan Amal Malaysia, di mana telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pada 8 Mei 2021, pihak Amal Malaysia telah berjaya mengagihkan sumbangan pack keperluan asas kepada 60 buah keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf. Agihan sumbangan tersebut telah dijalankan di sekitar flat yang terletak di Taman Bunga Seksyen 27 di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, agihan sumbangan tersebut telah mendapat kerjasama daripada Surau Al-Hidayah Seksyen 27 dalam membantu menyampaikan sumbangan Ramadhan tersebut.

Sehubungan itu, agihan sumbangan tersebut berjaya dijalankan hasil sumbangan yang dihulurkan kepada Yayasan Amal Malaysia. Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak ianya dapat memberi sinar kepada golongan asnaf ini dalam menjalankan aktiviti seharian mereka. Tidak ketinggalan juga, ianya juga dapat membantu golongan ini dalam menyediakan persiapan bagi menyambut kehadiran Syawal. Jelas sekali terpancar kegembiraan mereka setelah menerima sumbangan tersebut. Semoga anda tidak putus asa dalam membuat kebaikan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *