BERHUJUNG MINGGU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI - Amal Malaysia

BERHUJUNG MINGGU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

Perutusan Hari Raya Aidilfitri – Syawal 1441H/2020
May 24, 2020
KENYATAAN MEDIA : SEKRETARIAT AID4LEBANON
August 11, 2020

Biasanya apabila tiba hujung minggu, ramai dari kita akan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta sama ada duduk di rumah atau keluar berjalan – jalan. 

Namun lain pula halnya bagi pasukan Relawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak memanfaatkan masa mendidik masyarakat orang asli khususnya di kawasan pedalaman negeri Perak. Aktiviti yang dilaksanakan adalah tapi ringkas dan santai tapi sangat membekas ke dalam sanubari anak – anak masyarakat orang asli ini.

Tanggal 9 Ogos 2020 semalam, para relawan ini sekali lagi turun ke KOA Gentes, Pos Piah, Sungai Siput bagi meneruskan aktiviti rutin seperti kenduri makan sekampung, kelas pengajian fardu ain untuk dewasa dan kanak – kanak serta aktiviti santai minum petang.

Program kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan dari sukarelawan Universiti Teknologi Perak (UTP). 

Walaupun aktiviti yang dijalankan nampak ringkas, ternyata ia membuahkan hasil kerana program ini bukanlah dibuat secara berkala tapi secara berminggu!

Kepada orang ramai yang ingin terlibat sama dengan aktiviti kesukarelawanan bersama masyarakat orang Asli. boleh hubungi Pengerusi Amal Perak, Cikgu Mohamad di talian (019-566 5666).

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *