Retreat Yayasan Amal Zon Utara: Memugar Kekuatan Merancang Masa Depan

Yan, Kedah: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Zon Utara berjaya mengadakan retreat gabungan pada 27 Januari 2019 yang lalu. Sebanyak 4 cawangan telah terlibat iaitu YAM Cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Retreat ini memfokuskan penentuan visi, misi dan pelan tindakan setiap YAM cawangan agar seiring dengan visi dan misi Yayasan Amal Malaysia. Seramai 50 orang peserta daripada keseluruhan 4 buah YAM cawangan telah hadir menjayakan program retreat ini.

Setiap YAM cawangan yang terlibat telah menetapkan visi untuk menjadi NGO pilihan utama di negeri masing -masing dan para peserta bersemangat waja untuk melaksanakan segala pelan tindakan yang telah dirancang. Program ini telah dipandu oleh Tuan Haji Razali Moksim, Penolong Setiausaha 1, Yayasan Amal Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *