Perkembangan Projek Pembinaan Masjid Jono Oge Rekabentuk Masjid Agung Demak

Perkembangan terkini pembinaan masjid yang ke 69. Masjid Muhajirin rekabentuk masjid agung Demak dengan keluasan 80 x 70 kaki dengan ketinggian 30 kaki puncak di Jono Oge, Kota Palu, Sulawesi.

Menurut catatan sejarah Masjid Agung Demak Jawa Tengah telah di bina oleh Wali Songo (Sembilan) di Sulawesi, Indonesia.

Berikut merupakan lakaran kasar Masjid Jono Oge yang ingin dibina bagi menggantikan bangunan masjid yang

lama dan telah hancur beberapa bahagiannya. Pembinaan masjid ini akan menggunakan teknologi pembinaan floating beam sebesar 100 kaki x 100 kaki x 2 kaki tinggi. Floting beam ini untuk binaan bangunan Aman Gempa, seperti mana yang banyak dibina di Jepun.

Ketua koordinator lapangan kami Hj Jamuliddin Elias yang juga Timb. Presiden Yayasan Amal Malaysia sebagai pengarah Jabatan Pengurusan Bencana mewakili kami dan rakan-rakan NGO lain untuk mengurus dan memantau perkembangan

projek pembangunan kebajikan di Sulawesi. Beliau telah diberi penghormatan oleh penduduk tempatan untuk menuang konkrit pertama utk masjid Al Muhajirin Jono Oge, Kabupaten Sigi, Palu Sulawesi.

Bahan pembinaan tiba sebelum persiapan terakhir untuk konkrit floating beam. Insyaallah Rabu 9/1/2019 masuk hari ke 6, kami akan mengadun konkrit dengan concrite mixer by truck maksima diperlukan dalam 30 truk bersamaan RM49,350. Rekaan bumbung 3 level pelan Masjid Demak, ini rangka untuk 2 levels dgn kubah. Ketinggian Induk 30 x 40 kaki lebar x 30 kaki tinggi.

Projek pembangunan masjid ini akan diteruskan dan sasaran kami adalah untuk membina minimum 100 buah masjid di tapak bekas bencana Sulawesi Tengah. Terus ikuti perkembangan kami dari masa ke semasa.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi laman rasmi www.amalmalaysia.org.my/palu

Atas nama dakwah dan kebajikan. Salurkan sumbangan anda kepada tabung Yayasan Amal Malaysia
BANK ISLAM (13053010003149)
BANK MUAMALAT (13010002499715)
MAYBANK (553010122090)
CIMB BANK (8600296190)

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *