Kepada hamba Allah yang dirahmati Allah.
Berikut merupakan prkembangan projek pembangunan ekonomi mangsa Gempa dan Tsunami, Palu, Sulawesi Indonesia. (Rehabilitation and Economy Programme for Disaster Victims)
Projek Utama Pembinaan Semula Masjid
Delegasi sukarelawan telah membuat batu blok sebagai sumber dana pembinaan masjid. Kami telah mencari modal sendiri dan hasil sumbangan orang ramai untuk membeli semua peralatan yang diperlukan. Kami telah ajarkan cara buat batu blok yang kemudiannya kami jual ke pasaran tempatan. Sebahagiannya untuk membuat masjid, keuntungan setelah ditolak upah dan pengurusan, kami salurkan ke tabung dana pembinaan masjid.
Projek Pakaian
Ibu-ibu kami aturkan untuk menjalankan aktiviti menjahit. Projek pertama, kami membuat telekong (harga satu telekong RM25 – 30). Perlaksanaannya kami beli bahan mentah, kemudian ibu tunggal bekerjasama menjahit selepas kami latih mereka. Untuk permulaan ini, fokus kepada menjahit telekong, selepas ini akan mula aktiviti menjahit tudung.
Kami melancarkan kempen untuk sehelai tudung RM20. hasil keuntungan kami salurkan ke tabung 10% untuk anak yatim dan 10% untuk Dana masjid. Selebihnya dibayar upah untuk setiap helai kepada pembuat pakaian tersebut.
Projek Kuih
Ibu-ibu kami juga ajar mereka membuat kuih donat dan pancake. Upah diberikan berdasarkan setiap ketul yang dihasilkan. Kami telah buka tabung untuk Dana kuih. Bagi relawan yang ke Palu, digalakkan tempah dan beli kuih ini dan edarkan kepada mangsa tsunami. Mereka akan dapat makanan berkhasiat dan menyumbang kepada dana untuk anak yatim serta pembangunan masjid (10% dari keuntungan).
Semua projek, pengurusnya dilantik dalam kalangan nazir masjid atau imam masjid, selepas dibuat penilaian kelayakan dari segi kejujuran dan kesungguhan mereka. Insyaallah, saya pastikan mereka jujur baru saya akan buat projek tersebut. Projek ini juga termasuk membuka bengkel menjahit dan membina warong kopi (warkop) di depan masjid untuk persinggahan orang lalu lalang di sana.
Berita baiknya, DRB HICOM telah menaja 2 tempat projek dengan 3 aktiviti ekonomi seperti di atas dan dana pembangunan masjid. Selayang Care yang diketuai Ustaz Fauzan telah menaja 1 dana masjid dan 1 tempat dengan 3 projek ekonomi.
Berikut diperincikan harga modal yang telah dimanfaatkan dan terus diperlukan untuk membantu mangsa bencana iaitu;
1. Dapor umum – masak sendiri dan makanan kepada mangsa (pakej makan seorang RM6)
2. Uruskan Akikah lembu RM350 sebahagian dan kambing RM450 seekor.
3. Agihan Hygienekit – peralatan Mandi dan pad wanita dan lain-lain (satu set family RM40)
4. Agihan beras fidyah – Food Program.
5. Agihan pakaian yang dibawa oleh relawan.
6. Agihan wakaf Al Quran – harga sebuah Al Quran biasa RM 17 + pengurusan RM8 = TOTAL RM25 senaskah.
Sebagai makluman, kadangkala mereka perlukan kitab, surah yasin kecil dan buku iqra (duit RM8 inilah yang kami gunakan selain itu untuk kegunaan duit transport). Jika harga Al Quran, sebagai contoh satu RM15, bakinya akan di kumpulkan dan beli Al Quran.
7. Program Medik
Kami uruskan Klinik Mobil dan kami akan bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia untuk program perubatan di hospital lapangan.
8. Program Trauma Healing – Dalam perancangan untuk dibuat, bergantung kepada lebihan bajet.
9. Untuk relawan, ada beberapa kos yang perlu dibayar
Seorang sehari transport RM40 + penginapan RM10 + makanan RM10 = RM60 sehari.
Sebuah kenderaan Stanza atau Innova boleh dikongsi 6 atau 7 org. Juga boleh disewa sebuah van untuk satu kumpulan tanpa berkongsi juga boleh.
Untuk penginapan, ada Hotel Wisma tetapi perlu tempah awal. Harga hotel perhari lebih kurang RM100 – RM150.
Untuk program agihan makanan perlu dimaklumkan awal, kerana harga beras utk 5kg (RM16 + upah RM2 = RM18). Jika banyak sumbangan yang diperoleh, barangan sumbangan akan dibawa menggunakan lori.
Alhamdulillah, berikut ringkasan aktiviti yang telah dijalankan oleh Yayasan amal Malaysia bersama NGO Yayasan Pelayaran Zakat Indonesia, NGOs dari Indonesia sendiri serta rakan kerjasama dari NGOs Malaysia yang sentiasa komited membantu,
Sekian,
Hj Jamuliddin Bin Elias.
Koordinator,
Lapangan Kota Palu Sulawesi Indonesia.
Pak jamu – +60196644796.
Email : jamuliddin@gmail.com.
Disunting oleh : Ahmad Afifi
==================================
MISI BANTUAN BENCANA GEMPA BUMI, SULAWESI
Sebarang maklumat lanjut, hubungi :
Kamil : +6011 1123 4717
Pejabat : +603 8928 0660
Salurkan sumbangan anda di dalam no akaun berikut :
PENAMA : Yayasan Amal Malaysia
BANK ISLAM-1305 3010 0031 49
BANK MUAMALAT -1301 0002 4997 15
MAYBANK- 5530 1012 2090
CIMB BANK- 8600 2961 90
atau secara online di
https://www.billplz.com/gempabumipalu