KL – Makassar – Markaz PKS SulSel – Markaz PKS SulTeng – Petobo – Balaroa – Donggala – Makassar – KL
.
Siapa sangka 22-26 hanya masa yang terlalu singkat, rasa macam sekejap sangat di Palu sedangkan sebelum ni rasa lamanya 5 hari tu
.
Hari pertama kami menjejak kaki di Petobo dan Balaroa
.
Oh ya untuk pengetahuan semua, SulTeng ibarat negeri, Palu ibarat parlimen, Petobo, Balaroa dan Donggala ibarat DUN, dan di dalamnya ada perkampungan (mengikut kefahaman saya, kalau salah mohon untuk betulkan)
.
Teringat saya Ustaz Dusuki pernah cerita,
.
Cara Allah S.W.T bagi peringatan kepada umatnya dengan 3 cara,
.
Pertama, tanah (gempa bumi)
Kedua, air (tsunami dan liquefaction)
Ketiga, api (orang kampung cerita memang ada keluar api semasa kejadian)
.
Sepanjang keberadaan kami di sana,
Saya melihat bagaimana Islam itu diamalkan oleh penganutnya
.
Jauh sekali rasanya bagai Islam hanya pada nama bukan pada cara hidup dan amalan seharian
.
Sehinggakan seorang wakil IKADI yang memimpin perjalanan kami berkata,
“Adakah kerana dakwah kamu belum sampai kepada mereka”
.
Allahu… Sungguh terasa berat sangat sebenarnya tugasan yang kita kena laksanakan
.
DAKWAH
.
Kadang-kadang boleh jadi orang itu benar tak tahu kerana dakwah tak sampai kepada mereka
.
Malah boleh jadi juga mereka yang mengabaikan dakwah hingga tersesat dalam keseronokan dan keinginan mereka
.
Segala yang Allah S.W.T turunkan sudah barang pasti ada hikmah di sebaliknya untuk kita iktibarkan
.
“KITA SIBUK MENGEJAR DUNIA, NAK PAKAI KERETA DAN RUMAH BESAR SEDANG KITA TAK SEDAR BAHAWA DUNIA INI TAK PUNYA NILAI APA PUN, SEMUANYA AKAN MUSNAH JUGA SUATU SAAT NANTI”
.
Begitu tegas wakil Sukarelawan PKS mengingatkan kami ☹️
.
Ya… Mereka masih trauma, ada yang hanya menanti mayat orang tersayang dijumpai, ada yang mengelak apabila kami ingin menemu ramah, ada yang senyum pun tak terukir di bibir mereka, ada juga yang baru saat dan ketika itu boleh melihat hasil ‘kehancuran’
.
Semuanya merasai kesusahan dan kesedihan akibat kehilangan
.
Namun sejauhmana kesedaran mereka untuk kembali kepada Allah biarlah Allah yang menilai
.
Mudah-mudahan Allah S.W.T akan menggantikan dengan umat yang lebih baik selepas dia menghancurkan sangat banyak nyawa dengan kadar sekelip mata sahaja
.
Allahu Akbar!!!!
Catatan : Mardhiah Hayati
___________________________________
MISI BANTUAN BENCANA GEMPA BUMI, SULAWESI
Sebarang maklumat lanjut, hubungi :
Kamil : +6011 1123 4717
Pejabat : +603 8928 0660
Salurkan sumbangan anda di dalam no akaun berikut :
PENAMA : Yayasan Amal Malaysia
BANK ISLAM-1305 3010 0031 49
BANK MUAMALAT -1301 0002 4997 15
MAYBANK- 5530 1012 2090
CIMB BANK- 8600 2961 90
atau secara online di
https://www.billplz.com/gempabumipalu