Perang Palestin – Israel ini sudah menjangkau berabad lamanya. Malah berlaku sahaja peperangan demi peperangan dek kerana kerakusan Israel yang disokong oleh kuasa besar. Bagi umat Islam, khususnya tarikh 5 hingga 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling sugul dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis kembali terjajah setelah ia dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira 1,000 tahun yang silam. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah (1948), rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’.
Tanggal 15 Mei 1948 adalah peritiwa malang bagi umat Islam apabila Israel mengistiharkan merdeka. Mereka terus mengukuhkan tapak untuk menceroboh tanah-tanah rakyat Palestin sehinggalah bumi Palestin yang pada asalnya diduduki sedikit demi sedikit dijajah. Kita boleh melihat sendiri peta umat Islam Palestin di Tebing Barat dan Gaza hanya tidak lebih dari 10% yang berbaki.
Apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebenarnya rentetan daripada peristiwa lama yang Israel tidak pernah serik untuk menghancurkan umat Islam di Palestin. Umat Islam di tebing Barat dan Gaza terus diserang tanpa rasa belas kasihan. Walaupun pihak Hamas cuba untuk mempertahankan diri dengan menghantar roket-roket peluru buatan sendiri, yang jauh tidak canggih dari senjata tentera Israel. Roket-roket itu dengan senang dipatahkan oleh Iron Dome Defense System. Namun itulah sedaya upaya mereka untuk terus hidup di bumi yang di kepong ibarat penjara terbesar dunia.
Pembantaian berterusan tentera Israel samada melalui udara atau darah telah mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan frasarana Palestin. Sehingga tarikh ini sudah 200 orang syahid dan 1307 cedera. Sudah tentu banyak bangunan telah ranap dibom dan memerlukan pembangunan semula Palestin dalam jangkamasa yang agak lama.
Perincian kemusnahan yang berlaku:
- 1005 bangunan kediaman musnah teruk
- 6474 bangunan kediaman rosak
132 Bangunan kediaman ranap. - 137 Bangunan awam musnah
- Nilaian kemusnahan sistem ekonomi penduduk, ladang pertanian, kedai-kedai, sumber tenaga elektrik, kemudahan awam dan banyak lagi mencecah USD 90 juta.
Yayasan Amal Malaysia berganding bahu bersama NGO lain di dalam Sekretariat Aid4palestin bagi mengambil tindakan proaktif dan segera membantu perjuangan Palestin. #semuauntuksatu #Aid4Palestine #yayasanamalmalaysia
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)
PENDEDAHAN JENAYAH ISRAEL: BERSAMA SAKSI-SAKSI MATA DI GAZA (KLIK DI SINI) bersama Duta Muhibbah Aid4Palestine iaitu Sdr Nadir An-Nuri dan tetamu jemputan yang lain.