Pusat Dakwah Serantau atau PDS merupakan Pusat Pendidikan Dai’e Pendakwah Lapangan yang terletak di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang Selangor
Pengajian Sijil Diploma PDS ini telah dibangunkan oleh Yayasan Amal Malaysia, diasaskan bagi tujuan memperkukuhkan lagi gerak kerja dakwah di lapangan dengan melahirkan lebih ramai kader dakwah yang berilmu dan berkemahiran. Mereka ini terpilih dari kalangan masyarakat setempat dan akan kembali pulang berkhidmat di tempat asal masing-masing setelah menamatkan pengajian selama 3 tahun.
Pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) dipilih melalui syarat-syarat yang khusus. Contohnya seperti muallaf, berasal dari kawasan pedalaman, minoriti muslim dan mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu berkaitan Islam dan dakwah.
Firman Allah S.W.T dalam Surau At-Taubah ayat 122,
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ Mengapa tidak keluar sebahagian dari tiap-tiap suku kaum dan puak di antara mereka itu satu kumpulan untuk mempelajari secara mendalam ilmu ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Perkembangan dakwah di lapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai Dai’e Lapangan dengan jumlah lebih 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2,000 orang pengislaman sejak dari tahun 2010.