Banting, 10 Julai 2025 — Yayasan Amal Malaysia menerima kunjungan hormat daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Somalia di ibu pejabat hari ini.
Kunjungan tersebut melibatkan kehadiran tiga orang wakil NGO Somalia, yang datang untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang kebajikan dan kemanusiaan, khususnya berkaitan misi bantuan antarabangsa.
Turut hadir dalam sesi pertemuan ini ialah Tuan Norazman bin Ishak, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, yang menyambut baik usaha menjalin hubungan rentas negara demi manfaat umat sejagat.

