BANGI, 21 Jun 2025 – Yayasan Amal Malaysia (YAM) telah mengadakan Mesyuarat Penuh ALP kali ke-3 sesi 2025/2027 dengan kehadiran semua Pengerusi Negeri dan ALP lantikan.
Mesyuarat ini turut menyaksikan penyampaian watikah pelantikan rasmi kepada beberapa ALP serta pembentangan 360° YAM Leadership Evaluation yang menilai keberkesanan kepimpinan dan hala tuju organisasi.
Perbincangan turut menyentuh pelaksanaan Amal Qurban 2025, pelaporan negeri, serta penyelarasan program kebajikan akan datang.
YAM terus komited memperkasa tadbir urus dan kepimpinan demi menyampaikan amanah ummah dengan lebih cekap dan berkesan.

